Biasanya dalam menulis blog, ramai orang mengadu bahawa masalah terbesar mereka ialah menarik trafik.
Jika anda juga mengalami masalah yang sama, ketahuilah anda tidak keseorangan.
Sebuah blog sepatutnya wujud untuk menyediakan maklumat, memberi nilai kepada pelawat dan paling tidak pun, ia harus menjadikan orang lebih terpelajar tentang subjek yang diketengahkan dalam blog tersebut.
Disebabkan itu, nasihat yang paling popular tentang menulis blog ialah, anda perlu menulis tentang apa yang anda minati. Tulislah tentang sesuatu yang anda tetap akan tulis walaupun anda tidak dibayar untuk menulis tentangnya.
Selalunya, affiliate yang menceburi bidang blog dan berniat untuk meraih pendapatan dari menulis blog, melihat bidang tersebut sebagai laman web 1-shot yang boleh menjana pendapatan mereka buat selamanya selepas mereka melancarkan blog mereka. Matlamat mereka adalah untuk menjadi kaya dengan cepat, untuk memulakan satu laman web yang berkaitan dengan bidang mereka, mengeluarkan 10-15 artikel, kemudian berehat sambil mengharapkan duit masuk.
Taktik ini pernah menjadi.
Bertahun-tahun yang lalu, itulah apa yang dilakukan oleh ramai Internet Marketer, dan mereka memang meraih banyak duit daripadanya. Namun, sekarang ia tidak lagi boleh dilakukan. Google telah membuat perubahan pada cara mereka menyusun hasil carian apabila butang “Search” ditekan.
Cuba anda fikirkan sejenak, sebagai seorang yang menggunakan Google setiap hari, adakah anda ingin melihat iklan dan review sebagai hasil carian teratas bagi setiap perkara yang anda cari di Google?
Adakah anda sebagai pengguna, ingin melayari setiap laman hasil carian Google demi mencari sesuatu yang betul-betul relevan dengan apa yang anda isi di kotak carian?
Jika matlamat utama anda adalah untuk mendirikan sebuah laman web, post beberapa artikel dan tetapkan SEOnya, ia akan menjadi sesuatu yang sangat sukar.
Jadi apa yang dilakukan oleh individu-individu yang berjaya dalam bidang ini?
Mereka menulis blog.
Mereka menulis blog secara konsisten, dan sentiasa mencuba untuk memberi isi yang bernilai kepada pembaca.
Anda mungkin tertanya, kenapa posting ini bertajuk “Meningkatkan Trafik ke Blog Anda dengan Mudah”?
Mudah di sini bukan bermaksud cepat, selesa atau serta-merta.
Tetapi ia efektif.
Ada beberapa tips yang boleh dikongsi, tetapi akhirnya ia tetap akan berbalik kepada anda sendiri yang perlu menulis blog secara konsisten dan sering menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh audiens anda.
-
- Komuniti – Sesetengah orang menggelar ini sebagai penyelidikan (research), tetapi ia kedengaran terlalu kaku. Jujurnya, anda sebaiknya perlu betul-betul menyelami niche anda. Jika ia merupakan minat anda, anda pasti selalu berbual dengan orang dalam dunia sebenar yang berkongsi minat yang sama, bagi anda mengetahui apakah perkara terbaru dalam bidang anda. Namun, berhubung dengan orang dalam niche anda akan memerlukan banyak masa anda dalam menyertai forum atas talian, membaca dan sebagainya.
-
- Tetapkan jadual – Blog yang baik akan di kemas kini sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Anda mungkin tidak perlu mengemas kini blog anda sekerap itu, tetapi ingatlah bahawa kuncinya ialah konsistensi. Jika anda boleh mengemas kini sekerap 2 kali seminggu, maka lakukanlah begitu. Pastikan anda konsisten.
-
- Membina rangkaian – Lawat blog lain yang hampir sama dengan anda dan tinggalkan komen di posting mereka. Mereka akan menghargainya, dan anda telah membina rangkaian.