Jika anda memiliki blog, dan anda kerap mengemas kini blog anda, saya pasti anda mengikut nasihat yang ramai orang berikan: sediakan konten yang bernilai dan relevan untuk pembaca anda.
Anda tidak mahu mengemas kini secara kosong.
Anda perlu gunakan posting di blog anda untuk memberikan isi bernilai kepada pelawat, supaya mereka tidak berhenti membaca.
Anda perlu membina hubungan dengan orang yang mengikuti blog anda.
Agak pelik kerana tiada siapa pernah bercakap tentang berapa panjang atau pendek sesebuah blog itu perlu ada.
Blog-blog lain pula tidak membantu. Setiap orang yang berbeza, mencipta posting blog dengan panjang yang berbeza. Anda mungkin menjumpai blogger dengan posting blog sepanjang 20-500 patah perkataan dalam satu post, dan ada juga yang sepanjang 1000 patah perkataan.
Jadi apakah panjang optimum sebuah post sebenarnya?
Yang mana lebih sesuai dengan pembaca anda?
Panjang atau pendek?
Post yang lebih panjang akan menyediakan anda dengan maklumat yang lebih terperinci dan membantu dalam mencetuskan perbincangan dan perdebatan dalam sesuatu topik. Manakala post yang lebih pendek juga boleh menjadi bagus dan cukup informatif, selain meringankan beban pembaca.
Terdapat beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan berkenaan panjang post:
- Attention Span
Attention span ialah tempoh masa yang seseorang mampu luangkan untuk sesuatu sebelum mereka hilang tumpuan. Kebanyakan orang yang melayari internet memiliki attention span yang pendek apabila membaca secara atas talian.
Kajian menunjukkan bahawa secara purata, pembaca blog hanya akan membaca sesebuah blog selama lebih kurang 96 saat.
Selain itu, jika sebuah post terlalu panjang, pembaca cenderung untuk hanya membaca sekali lalu, mencari poin utama dan idea-idea penting sahaja.
Kerana itulah kebanyakan blogger pastikan post mereka mudah dibaca dengan menggunakan bullet points dan senarai bernombor. Contohnya post yang anda sedang baca sekarang 😉
- Liputan yang Komprehensif
Antara nasihat paling baik yang pernah saya dengar berkenaan blog post ialah:-
“Tulis secukupnya untuk meliputi topik anda secara komprehensif, kemudian berhenti.”
Posting blog yang sengaja dipanjang-panjangkan bukanlah suatu idea yang baik. Pembaca boleh tahu sama ada anda sendiri tahu tentang apa yang anda tulis, atau anda hanya menulis untuk kelihatan bijak.
Sebaliknya, jika anda menulis post yang pendek, anda berisiko untuk tidak meliputi semua aspek yang anda patut, dan mungkin anda tidak memberikan maklumat yang cukup untuk memuaskan pembaca anda.
- Masa
Post blog yang panjang juga memerlukan masa yang panjang untuk anda menulisnya.
Anda mungkin tidak memiliki masa yang cukup untuk menulis post yang panjang setiap minggu secara konsisten.
Sekiranya anda berada dalam situasi tersebut, maka blog post yang lebih pendek adalah lebih sesuai.
Jika post anda lebih pendek, anda berpeluang untuk melancarkan post-post anda secara lebih kerap, dan situasi ini akan menjadikan pembaca anda sentiasa berminat dan mendorong mereka untuk terus membaca post-post anda.
Sementara itu, terdapat pembaca yang tidak memeriksa blog anda setiap hari.
Mereka mungkin sibuk dengan hal sendiri, jadi mereka mungkin memeriksa blog anda sekali seminggu atau sekali sebulan.
Mereka mungkin berasa terkilan apabila mereka pergi ke blog anda dan mendapati terdapat beberapa post yang sedang menunggu mereka. Anda tidak mahu kehilangan pembaca anda.
- Topik
Kadangkala, topik post anda menentukan panjang post anda.
Jika anda menulis review produk, anda mungkin menulis lebih panjang berbanding jika anda menulis post informatif, seperti post ini.
Jika anda tahu banyak tentang sesuatu topik, anda mungkin tertarik untuk menulis lebih banyak.
Anda juga mungkin tertarik untuk bercerita panjang lebar dan lari daripada topik, berbanding fokus dan kekalkan keringkasan dan kepadatan. Elakkan perkara ini. Pembaca anda akan berterima kasih jika anda tidak lari daripada topik.
- Kuantiti post
Teorinya ialah, jika anda menulis post yang pendek, maka anda boleh menulis lebih banyak post.
Memiliki lebih banyak post adalah bagus dalam menjana jumlah pembaca dengan RSS dan mendapatkan ranking search engine yang lebih baik.
Tuntasnya, panjang post anda bergantung sepenuhnya pada anda.
Jika anda boleh menulis post yang pendek tetapi komprehensif, maka itulah yang terbaik.
Jika anda memiliki banyak isi bernilai untuk dikongsi, dan anda memerlukan 1000 patah perkataan untuk menulisnya, maka itulah yang terbaik.
Apa pun yang anda pilih, ia masih tentang menyampaikan nilai kepada pembaca anda. Jadi, panjang atau pendek post itu bergantung sepenuhnya pada anda.