You are currently viewing Jana 100% Keuntungan dengan Menulis e-Book Anda Sendiri

Jana 100% Keuntungan dengan Menulis e-Book Anda Sendiri

  • Post category:Ilmu
  • Post author:

Jika anda seorang marketer, anda memerlukan sebuah produk. 

 

Tetapi secara purata, anda hanya akan mendapat komisen sebanyak 30%-75% daripada affiliate marketing.

 

Apabila anda memiliki produk sendiri, 100% hasil jualan akan masuk ke dalam poket anda.

 

Kebanyakan orang berasa takut untuk mencipta produk mereka sendiri. Antara sebabnya adalah mereka merasakan bahawa mereka tidak mempunyai nilai untuk dikongsi, atau tiada siapa akan mendengar apabila mereka berkongsi, atau tiada siapa akan membeli produk mereka.

 

Tetapi sebab paling utama yang menghalang mereka dari mencipta produk sendiri ialah mereka tidak tahu bagaimana untuk bermula.

Bagaimana untuk mula mencipta produk anda sendiri

 

Ambil slogan kata Nike. Just Do It. Ambil langkah pertama.

 

Memang semudah itukah? Ya. Selepas anda bermula, semuanya akan menjadi lebih senang dan idea akan keluar secara natural. Satu-satunya bahagian yang sukar ialah menentukan bila untuk bermula.

 

Produk yang paling mudah untuk dihasilkan ialah e-Book. Jadi bermulalah dengan e-Book. Selepas anda berjaya menghasilkan dan menjual produk pertama anda, pelbagai inspirasi akan muncul bagi anda menghasilkan lebih banyak produk lain.

Kenapa e-Book?

 

Anda mungkin tertanya dan mungkin juga menolak idea ini sepenuhnya. Tapi tunggu dulu.

 

  1. Ia akan terjual

 

Terdapat banyak produk digital di luar sana namun e-Book atau e-Buku merupakan produk yang paling mudah bagi seseorang yang baru ingin bermula. DAN e-Buku terjual dengan baik.

 

Terdapat sebuah laporan dari Amazon beberapa tahun lepas yang menyatakan bahawa jualan buku digital telah melebihi jualan buku fizikal.

 

Jadi elakkan daripada memandang rendah terhadap produk ini.

 

  1. Ia cepat, mudah, murah dan menguntungkan

 

4 patah perkataan yang digemari semua orang. 

 

Sesiapa sahaja boleh menerbitkan e-Book. Ia bukanlah sesukar yang anda sangkakan. Dan dari segi penerbitan pula, ia lebih mudah untuk menerbitkan buku secara digital berbanding buku fizikal. Malah, sesetengah orang menerbitkan e-Book semata-mata untuk mengelak dari berurusan dengan syarikat penerbitan.

 

  1. Berikannya secara percuma

 

Anda tidak salah baca. 

 

Hakikatnya, kemungkinan untuk anda menjadi kaya-raya hanya dengan menjual satu e-Book adalah sangat rendah.

 

Sebaliknya, anda boleh menggunakannya sebagai insentif untuk menggalakkan orang untuk mengikuti anda di laman sosial atau masuk ke dalam senarai email anda. Anda boleh menawarkannya sebagai hadiah percuma atau ganjaran sekiranya mereka berbuat demikian.

 

Membuat “giveaway” e-Book anda juga akan membantu anda menjadi lebih menonjol dalam niche anda, kerana anda menawarkan sesuatu yang bernilai kepada mereka yang melawat laman web anda.

 

Tetapi sebelum anda mula menulis e-Book anda, ingat dua perkara ini:

  • Ia tidak rumit, tetapi menulis dan menerbitkan sebuah e-Book akan memerlukan banyak usaha anda
  • Bukan mudah untuk mencari orang yang ingin membeli e-Book anda.

 

Namun jika anda telah memiliki online prescence dan networking sendiri, anda tidak perlu risau.

 

Jadi, berikut ialah beberapa tips untuk menulis e-Book.

 

  1. Kekal fokus

 

 

Menulis e-Book tidak akan menjadi sekiranya anda terganggu dengan perkara lain. Anda perlu menetapkan satu tempoh masa bagi anda menulis setiap hari, dan kekal fokus pada projek anda. 

 

Pada sesetengah hari, anda mungkin memiliki lebih banyak masa untuk fokus pada penulisan anda. Jika itu terjadi, maka baguslah. Tetapi jika ia tidak terjadi, teruskan sahaja menulis mengikut jadual anda. Ia mungkin memakan masa sebelum anda dapat betul-betul melihat kemajuan anda.

 

  1. Pilih topik yang bagus

 

Anda perlu betul-betul fikirkan topik yang sesuai untuk anda tulis. Sama seperti buku fizikal, anda tidak boleh terus menulis apa sahaja dan mengharapkan orang ramai akan berasa tertarik untuk membaca.

 

Buat kajian sebelum bermula.

 

Dalam memilih topik, terdapat tiga perkara yang anda perlu pertimbangkan:

  • menyelesaikan masalah
  • menangani ketakutan
  • atau memuaskan perasaan ingin tahu

 

Ia tentunya lebih baik sekiranya anda dapat melakukan ketiga-tiganya sekali dalam satu e-Book yang sama.

 

Atau anda boleh menulis tentang sesuatu yang anda tahu, dan anda betul-betul minati. 

 

Atau anda juga boleh menulis tentang sesuatu yang berkaitan dengan niche anda. Jika anda seorang online marketer, anda boleh menulis tentang cara menjana pendapatan secara atas talian.

 

  1. Elakkan dari mengejar kesempurnaan

 

Jika anda terlalu kerap berhenti dan menyemak kembali apa yang anda tulis, anda tidak akan ke mana-mana.

 

Elakkan dari sering mengedit atau berhenti menulis untuk menebalkan perkataan atau memeriksa panjang perenggan anda.

 

E-Book ialah produk digital.

 

Anda boleh mengubah apa sahaja yang anda mahukan walaupun setelah anda mula menjualnya.

 

Sekiranya tidak, anda akan tersekat di halaman yang sama selama berhari-hari.

 

Dan pastikan anda menyimpan (save) dengan kerap, dan pastikan anda memiliki beberapa back up untuk menyimpan e-Book anda. Anda mungkin berasa selesa untuk menyimpannya di dalam komputer anda, tetapi bagaimana sekiranya komputer anda “crash”? 

 

Jadi pastikan anda membuat back up, dan sekiranya perlu, simpan draf anda dan emailkan kepada diri anda sendiri. Terdapat banyak platform yang anda boleh gunakan seperti Google Drive, Dropbox, OneDrive dan sebagainya bagi mengelakkan anda kehilangan segala kemajuan anda dan anda terpaksa bermula semula dari awal.

 

  1. Peta Minda

 

 

Bagi mengelakkan writer’s block, sediakan satu peta minda dan lakaran kasar idea penulisan anda. 

 

Jika anda memiliki perancangan, kemungkinan besarnya kemajuan anda tidak akan tersangkut kerana anda tahu apa yang anda ingin tulis selepas selesai satu bab.

 

  1. Tetapkan satu tarikh akhir

 

Keluarkan kalendar anda, pilih satu tarikh, dan tentukan tempoh masa yang anda perlukan untuk menyiapkan e-Book anda berdasarkan ritma dan rutin anda dalam bekerja.

 

Tentukan tarikh di mana anda akan siap menulis, kemudian tentukan tarikh di mana anda akan menerbitkan dan melancarkan buku anda.

 

Tetapi jangan pilih sembarangan tarikh. Anda perlu mengambil kira audiens dan topik anda.

 

Contohnya, jika anda menulis sebuah buku tentang “Cara memilih baju raya terbaik”, anda tentunya perlu memilih musim raya untuk melancarkan e-Book anda.

 

Jadi selepas semuanya selesai, anda boleh rileks sambil melihat duit masuk ke akaun bank anda.

Leave a Reply