Jika anda seorang online marketer, anda memerlukan landing page.
Ini sebabnya:
- Menukar trafik kepada leads
Kebanyakan orang membawa trafik mereka ke arah homepage mereka. Ini bukanlah suatu tindakan yang terbaik kerana besar kemungkinan, mereka akan kehilangan trafik tersebut.
Landing page fokus sepenuhnya kepada menukar pelawat kepada leads. Apabila anda membawa trafik anda ke landing page bersasar (targeted landing page), anda boleh menjual kepada mereka dengan lebih senang. Seolah-olah anda mencetak duit anda sendiri.
- Mengukur keberkesanan funnel anda
Jika anda menggunakan tracking software, anda boleh memantau perkara-perkara yang penting seperti bounce rate (kadar pelawat yang keluar dari laman web anda selepas melihat hanya satu laman), jumlah page view, jumlah submission, kadar conversion dan lain-lain lagi.
Menggunakan semua data tersebut, anda mampu memperoleh pemahaman penuh tentang prestasi kempen anda. Jika prestasinya kurang baik, anda boleh membuat perubahan yang diperlukan bagi membaiki pemasaran anda.
Ia juga lebih mudah untuk memantau data-data tersebut pada satu laman sahaja, berbanding memantaunya pada homepage yang mempunyai lebih banyak pelawat dan lebih banyak laman.
- Tawaran Pemasaran
Tawaran pemasaran (marketing offers) dan landing page merupakan gandingan yang sangat bagus. Tanpa landing page, offer atau tawaran anda tidak akan mampu menampung usaha anda sepenuhnya untuk mendapatkan leads.
Anda tentunya mahukan pelawat laman web anda memberikan maklumat contact mereka dan merasa terpikat dengan tawaran anda, jadi landing page anda merupakan satu alat terbaik dalam melaksanakan kedua-duanya.
Landing page juga sangat mesra pengguna kerana mereka hanya perlu mengisi borang pendek bagi mendapatkan apa yang mereka mahukan.
- Mengurangkan kos pengiklanan
Landing page mampu membantu anda dalam mengurangkan kos pengiklanan anda.
Dengan lebih banyak conversion menerusi landing page bersasar, anda boleh menghasilkan lebih banyak trafik, lebih banyak leads, yang seterusnya menghasilkan lebih banyak keuntungan. Kesannya, ini akan mengurangkan kos, dan anda boleh menyalurkan wang anda ke arah perkara penting yang lain, seperti SEO dan bajet iklan Pay-Per-Click anda.
- Mengumpulkan maklumat
Apabila orang melawat laman web anda dan mengisi borang conversion, ini menyediakan maklumat demografi yang berharga bagi pasukan sales anda.
Pasukan sales anda akan memiliki peluang untuk memahami prospek anda dengan lebih baik, dan mereka boleh menggunakan maklumat tersebut pada masa depan apabila mereka berinteraksi dengan prospek tersebut.
- Membina senarai
Setiap marketer memerlukan senarai e-mel (e-mail list) mereka sendiri. Ini merupakan cara perhubungan paling mudah antara anda dengan pelanggan ideal anda.
Dengan senarai e-mel, anda boleh teruskan membina hubungan dengan prospek anda supaya apabila anda memberikan tawaran atau promosi kepada mereka, mereka lebih cenderung untuk menerimanya.
Landing page akan menyasarkan yang menyukai anda dan tertarik dengan tawaran, promosi dan apa-apa yang baru dari anda.
Setiap kali seseorang mengisi borang di landing page anda, anda menerima satu lagi alamat e-mel, dan potensi bagi anda meraih lebih keuntungan juga meningkat.
Jika anda belum memiliki landing page, anda boleh menggunakan tools atas talian seperti LeadPages untuk membina landing page anda sendiri.
Atau bagi mendapatkan hasil yang lebih baik, anda boleh mendapatkan landing page anda di Mikraj Digital.