You are currently viewing 10 Tips Menghasilkan Video Marketing Yang Hebat

10 Tips Menghasilkan Video Marketing Yang Hebat

  • Post category:Tips
  • Post author:

Marketing menggunakan video merupakan teknik pemasaran yang makin popular jadi jika anda belum mula menghasilkan video anda sendiri, maka anda tentunya ketinggalan. 

 

Secara umumnya, orang ramai makin menyukai video berbanding teks dan audio.

 

Menurut data dari KISSmetrics, 70 dari 100 hasil carian teratas ialah video.

 

Statistik juga menunjukkan bahawa 64%-85% orang akan lebih cenderung membuat pembelian selepas menonton video produk.

 

Ini merupakan strategi pemasaran yang anda tidak seharusnya abaikan.

 

Jadi berikut ialah 10 tips menghasilkan video marketing yang hebat.

 

  1. Terbitkan video secara konsisten

 

Video membantu dalam menaikkan bisnes dan membina kesedaran terhadap brand anda. 

 

Dan sama seperti apa sahaja yang kita lakukan, kuncinya adalah menjadi konsisten. Jadi mula menulis skrip, merakam video dan post video anda secara berkala.

 

Jangan terlalu berfikir tentangnya. Anda tidak memerlukan krew kamera profesional dan mengedit video juga kadangkala tidak diperlukan.

 

Rakaman video original adalah lebih asli dan telus.

 

Elakkan dari terlalu mengejar kesempurnaan. 

 

Ia tidak mengapa sekiranya anda tidak menghafal keseluruhan skrip anda, atau sebutan anda agak pelik, atau percakapan anda penuh dengan jeda atau “aaa dan “emm”. Penonton video anda akan berasa lebih dekat dengan anda disebabkan ketidaksempurnaan anda.

 

Kesempurnaanlah yang menjadikan anda diri anda sendiri.

 

Yang paling penting adalah mesej anda disampaikan dengan baik dalam video itu.

 

Mula dengan video-video pendek yang mungkin berdurasi 1-3 minit, yang bertujuan memberikan pengetahuan baru kepada audiens anda. Setelah anda memahami prosesnya, anda boleh membuat video-video yang lebih panjang dan lebih bagus.

 

  1. Jadi telus dan autentik

 

Anda harus menjadi sejelas dan seasli yang mungkin dalam menyampaikan mesej anda. 

 

Tarik perhatian audiens anda dan pastikan anda menjadi diri sendiri. 

 

Jana bisnes anda dengan cara berkomunikasi dengan jujur dan sepenuh hati berkenaan topik dalam niche anda.

 

Komponen penting lain ialah cara anda memasarkan video anda.

 

Bina satu komuniti yang terdiri daripada orang yang mengikuti anda dan anda juga berhubung dengan mereka melalui platform sosial anda. Mereka boleh membantu anda mempromosikan content anda dengan berkongsikannya di media sosial, atau dengan membeli produk dan servis anda.

 

  1. Tetapkan objektif anda

 

 

Tanpa menetapkan objektif utama, ia hampir mustahil untuk menjayakan sebuah kempen video marketing. 

 

Sasaran anda boleh jadi untuk meningkatkan trafik di website anda, menambah jumlah subscriber atau menaikkan jumlah jualan anda. Selepas anda mengenal pasti sasaran anda, anda boleh menjayakan kempen anda dan mengenalpasti petunjuk prestasi utama (key performance indicators).

 

Dorong pelanggan untuk memberikan maklumbalas secara terus supaya anda boleh menganalisis jumlah tontonan dan jumlah respons.

 

Kemudian jalankan usaha sokongan melalui posting blog, siaran akhbar, mentions di media sosial dan reach kepada pengkritik, website dan ahli komuniti yang berpengaruh.

 

  1. Fokus pada penonton

 

 

Sampaikan mesej yang jelas tentang mengapa mereka patut menonton video anda dalam beberapa saat pertama video tersebut. Tarik mereka dengan menunjukkan faedah yang boleh mereka dapat dari video anda.

 

Video merupakan sebuah alat yang sangat berkuasa untuk menarik prospek tetapi kunci kepada keberkesanannya adalah dengan memberikan nilai secara serta-merta kepada penonton.

 

Gariskan mesej utama pada permulaan video anda dan conversion akan meningkat.

 

  1. Pastikan mesej utama anda ringkas dan padat

 

Kekalkan video anda dalam durasi 3 minit ke bawah.

 

Kebanyakan orang yang menjadi audiens sasaran anda memiliki attention span yang pendek. Mereka tidak akan fokus untuk masa yang lama.

 

Jika anda mahu mesej anda didengari dengan baik, ia perlulah disampaikan dengan cepat.

 

Statistik menunjukkan bahawa kebanyakan orang behenti menonton selepas 60 saat.

 

Walaupun video anda direka dengan cantik namun jika durasinya melebihi satu minit, kemungkinan besar ia tidak akan ditonton secara penuh oleh audiens sasaran anda.

 

  1. Anda tidak perlu berada di hadapan kamera

 

Jika anda sangat pemalu, anda boleh merakam audio suara anda dan menggunakan tayangan slaid (slideshow) sebagai penerangan.

 

Ia sangat mudah.

 

Anda cuma perlu memuat turun aplikasi perakam skrin seperti Camtasia atau OBS Studio. Hasilkan satu persembahan slaid Power Point atau Google Slides dengan maklumat yang ingin anda sampaikan. Kemudian anda hanya perlu merakam suara anda bercakap secara natural, menerangkan persembahan slaid anda.

 

Anda akan menghasilkan sebuah video dalam masa kurang 10 minit.

 

  1. Strategi kata kunci 

 

Bagi mengoptimumkan video anda, jangan lupa untuk menggunakan kata kunci dalam tajuk video, caption/description dan tag.

 

Untuk membantu enjin carian mengenal pasti video anda adalah berkenaan dengan topik apa, letakkan video anda di halaman berteks yang berkait dengan video tersebut dalam website anda.

 

  1. Naik taraf video anda

 

Cipta sebuah kempen untuk mendapatkan perhatian. 

 

Hasilkan satu siri video yang diisi dengan content informatif untuk meraih pendedahan yang lebih tinggi dan jangan lupa untuk post secara berkala.

 

Ini akan membenarkan anda menaikkan identiti brand anda setiap kali anda mengeluarkan sesebuah video.

 

Sertakan juga CTA.

 

Jangan lepaskan peluang untuk meminta penonton anda membuat sesuatu di hujung video. Anda mungkin boleh meminta mereka mendaftar untuk newsletter, meninggalkan komen tentang video atau melawat blog anda. Gunakan sepenuhnya kelebihan respons penonton.

 

Elakkan dari menjual.

 

Memang tidak salah untuk anda menjual produk atau servis anda, tetapi ia lebih baik jika anda menggunakan video anda sebagai jalan untuk menyatakan tentang masalah, membincangkan penyelesaian dan membantu orang lain.

 

 

  1. Buat perancangan terlebih dahulu

 

Sebelum mula merakam, pilih beberapa poin utama yang ingin anda sampaikan, pilih satu sudut yang unik, dan sebuah konsep untuk menyampaikannya.

 

Sewaktu merakam, mulakan video dengan ungkapan menarik dan cakap menggunakan intonasi berbeza untuk membezakan personaliti dan pendekatan anda.

 

Ingat bahawa anda perlu menjadi seseorang yang kekal lama dalam memori penonton.

 

Sebutkan semula poin-poin utama sepanjang video berjalan.

 

Dan tutup video dengan menyertakan immediate CTA.

 

Sebelum anda post video tersebut, minta maklum balas dari penonton bagi menentukan bagaimana mesej anda disampaikan, jika mereka menerima pengetahuan baru, dan sama ada usaha anda membuahkan hasil yang diingini.

 

  1. Ukur hasil

 

Analisis statistik jika video anda dilengkapi dengan pautan ke laman web anda, atau CTA untuk penonton.

 

Pantau kenaikan pada jualan, trafik ke laman web atau subscriber blog yang anda terima.

 

Jawab apa-apa soalan yang penonton ingin bincangkan. Galakkan mereka memulakan perbualan dengan anda dan teruskan berkomunikasi dengan mereka. 

 

Kumpul maklum balas dari peneraju industri, pelanggan dan staf anda sendiri.

 

Dengan memerhatikan maklum balas dan memantau keberkesanan strategi video marketing anda, video anda akan menjadi lebih menarik kepada audiens sasaran anda.

Leave a Reply