You are currently viewing Mitos Pemasaran Sosial Media

Mitos Pemasaran Sosial Media

  • Post category:Ilmu
  • Post author:

Zaman sekarang, ramai “online marketer” menggunakan media sosial sebagai alat pemasaran untuk meningkatkan jualan dan trafik. Dan itu merupakan tindakan yang betul, kerana semua orang menggunakan media sosial.

 

Namun, terdapat beberapa mitos dan salah faham tentang pemasaran media sosial tentang apa yang tidak patut dilakukan ketika menggunakan strategi ini. Sebenarnya:

 

MITOS = ALASAN

 

Jika anda mengulang mitos yang sama berkali-kali, ia boleh menjadi realiti.

 

Jika ia telah menjadi realiti bagi anda, anda akan mempercayainya lalu berusaha untuk menghindarinya.

 

Dan jika anda berbuat demikian, anda mungkin akan mengelak sama sekali daripada menggunakan media sosial sebagai alat pemasaran. Rugilah begitu, kerana anda akan terlepas peluang-peluang yang besar dalam pengiklanan dan mendapatkan trafik.

 

Jadi ayuh rungkai beberapa mitos pemasaran media sosial sekarang.

 

Mitos #1 – Sasaran pasaran saya ialah golongan berumur, jadi media sosial takkan berkesan untuk bisnes saya.

 

Jangan pandang rendah terhadap generasi yang lebih tua. Anda mungkin terkejut apabila mendapati bahawa ada di antara mereka yang lebih mengetahui selok-belok media sosial berbanding diri anda sendiri.

 

Sebenarnya, menurut kajian, 56% daripada pengguna Internet yang berumur lebih dari 50 tahun, turut menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, LinkedIn, Pinterest dan sebagainya.

 

Jangan terlepas peluang untuk membina hubungan dengan mereka, mereka mungkin sedang menanti untuk menemui bisnes anda melalui media sosial.

 

Mitos #2 – Jika ia tidak viral, bermaksud kempen saya gagal.

 

Hanya kerana kempen media sosial anda tidak sepopular Shopee atau kempen-kempen lain yang sering kelihatan di mana-mana, tidak bermaksud kempen anda gagal.

 

Itu bukan cara bagi anda mengukur tahap keberjayaan kempen media sosial anda. Ia bukan tentang mencipta satu hit yang besar, tetapi ia tentang mencipta dan menambah nilai baru sepanjang masa. 

Anda tidak boleh mengharapkan keputusan yang segera dengan strategi ini. Berusaha untuk tambah audiens anda secara perlahan-lahan menerusi kempen-kempen yang menarik dan unik, dengan konten sarat dengan nilai atau ilmu, yang orang pasti akan kongsi di laman sendiri.

 

Mitos #3 – Twitter hanya berkesan untuk selebriti, ahli politik dan jenama terkemuka.

 

Kita memang bukan Donald Trump atau Elon Musk, tetapi kita tak perlu jadi selebriti untuk meraih pengikut (followers).

 

Twitter boleh menjadi relevan dan bernilai untuk marketer.

 

Apa yang anda perlu lakukan ialah sentiasa meng-Tweet perkara yang relevan namun tidak semestinya berkenaan produk atau servis anda.

 

Anda juga boleh menggunakan Twitter untuk memantau dan berinteraksi dengan audiens sasaran anda. Orang ramai mungkin akan pergi kepada anda untuk mendapatkan maklum balas, atau mereka mungkin akan “mention” syarikat dan produk anda.

 

Contoh terbaik dalam hal ini ialah Mydin dan Oppo. Cuba lawat akaun Twitter mereka, anda tak akan menyesal.

 

Juga, jangan lupa gunakan #wpromote dalam kempen Twitter anda.

 

Mitos #4 – Orang profesional dan serius tidak membazirkan masa di media sosial.

 

Media sosial bukan hanya untuk pelajar kolej dan golongan hipster.

 

Ia merupakan platform untuk mencipta, bertukar dan berkongsi idea dan maklumat dalam komuniti maya.

 

Tetapi sekiranya golongan profesional tidak berada di media sosial sekalipun, audiens sasaran anda kemungkinan besarnya berada di sana.

 

Adakah anda akan melepaskan peluang untuk mengiklankan atau mencapai audiens sasaran anda di peringkat global.

 

Tentunya tidak.

 

Jadi gunakan medium ini untuk meningkatkan capaian anda, tingkatkan tahap keberkesanan anda dan naikkan jenama anda.

 

Mitos #5 – Pengiklanan Facebook hanya meraih “likes”, bukan trafik atau jualan.

 

Jika anda mempercayai mitos ini, bermaksud anda tidak faham dengan sepenuhnya nilai sebuah “Like” atau seorang peminat.

 

Anda juga mungkin tidak terfikir tentang Return of Investment yang anda boleh terima daripada kempen media sosial.

 

Apabila dilaksanakan dengan betul, pengiklanan di Facebook boleh membantu anda dan bisnes anda untuk meningkatkan online presence, peminat dan interaksi dengan pelanggan anda.

 

Ini bermakna anda dapat menarik pelanggan baru dan kembalikan pelanggan sedia ada, sekaligus membina loyalty terhadap jenama anda.

 

Dan pelanggan sedia ada dan peminat jenama anda boleh menggunakan Facebook untuk berkongsi tentang produk anda dan promosi-promosi anda kepada bakal pelanggan.

Leave a Reply