You are currently viewing Satu Ayat Yang Boleh Jadikan Anda Kaya

Satu Ayat Yang Boleh Jadikan Anda Kaya

  • Post category:Ilmu
  • Post author:

Pernah tak anda tinggalkan satu akaun email kerana ia terlalu penuh dengan email yang anda langsung tak berminat untuk buka, apatah lagi baca?

 

Anda tidak keseorangan.

 

Dari notification email automatik dari rangkaian sosial, newsletter, email-email rambang yang orang forward, email-email promosi dari pelbagai jenis apps, setiap inbox di setiap komputer dipenuhi dengan email seperti itu.

 

The money is in the list.

 

Duit boleh datang dari senarai email anda. 

 

Tetapi jika tiada siapa yang menguruskan email anda, maka anda tidak akan hasilkan satu sen pun.

 

Memastikan email anda menonjol dalam kalangan berpuluh-puluh email yang prospek anda terima, merupakan perkara yang sangat sukar bagi seorang marketer. Kerana itulah anda perlu fokus pada subject line

 

Kebanyakan orang melakukan kesilapan yang sama, mereka meletakkan usaha sepenuhnya penulisan email yang sempurna, sehingga mereka mengambil mudah aspek tajuk email itu sendiri.

 

Subjek email anda merupakan barisan hadapan dalam kempen pemasaran anda.

 

Jadi bagaimana caranya untuk menyempurnakan subjek atau tajuk email anda?

 

Kami sediakan 6 tips bagi anda menulis subjek email yang terbaik:

 

  1. Gunakan bahasa yang mereka fahami

 

Setiap bidang tentunya ada target market tersendiri dan bahasa berserta istilah-istilah yang mereka selalu gunakan. Contohnya jika anda berada dalam bidang permainan video atau gaming, anda tidak boleh bercakap seperti orang tua. Dan jika anda berada dalam bidang kesihatan, anda tidak boleh bercakap tentang YOLO. Sebaliknya gunakan bahasa yang pasaran anda suka dan fahami. Fikirkan juga tentang apa yang mungkin menarik minat mereka untuk membaca email anda. Berikan mesej atau solusi yang boleh menyelesaikan sesuatu masalah atau memenuhi sesuatu keperluan. Fikirkan apakah ketakutan mereka dan datang sebagai ubat.

 

  1. Gunakan tindakan

 

Kata kerja yang menunjukkan tindakan terbukti berkesan dalam meraih lebih banyak klik. Jadi jika anda ingin letakkan tajuk “Kursus Turunkan Berat Badan”, apa kata anda tukar kepada “Lihat 3 Langkah Mudah Untuk Turunkan Berat Badan”. Kata kerja “Lihat” di sini adalah lebih menarik berbanding perkataan yang terlalu biasa seperti “Kursus”. Walaupun isi emailnya tetap sama, tetapi tajuk/subjek email itu akan menentukan sama ada mereka akan membuka email itu atau tidak.

 

  1. Jauhkan diri dari folder Spam

 

Penyedia servis email seperti Google, Yahoo dan sebagainya memiliki cara tersendiri untuk menapis email-email yang mengandungi perkataan-perkataan tertentu. Jadi anda perlu berhati-hati dan elakkan dari menggunakan perkataan seperti “cash”, “quote” dan “save”.

 

  1. Konsisten

 

Subjek email anda merupakan suatu janji yang anda perlu kotakan dalam isi email anda. Jadi, jangan beritahu mereka yang anda akan berikan kupon 100% diskaun dalam subjek email anda, kemudian berikan pengisian email yang langsung tiada kena-mengena dengan apa-apa kupon. Mereka mungkin akan membuka email tersebut tetapi mereka tidak akan kekal lama jika mereka rasa tertipu. Dan jika anda terus-menerus melakukan perkara ini, orang ramai akan berhenti membuka email anda secara serta-merta kerana mereka telah hilang kepercayaan kepada anda.

 

  1. K.I.S.S

 

 

Keep It Short & Sweet.

 

Subjek email anda akan terpotong jika ia terlalu panjang. Lebih-lebih lagi jika ia dipaparkan di notifikasi telefon pintar anda. Cuba pastikan subjek anda kurang dari 50 karakter (huruf termasuk tanda baca dan jarak) supaya pembaca dapat melihat keseluruhan tajuk yang ingin anda sampaikan.

 

  1. Jangan jadi terlalu bijak

 

Selalunya, marketer akan mencuba untuk kelihatan misteri. Mereka cuba menyembunyikan lanjutan dari isi mereka dan hanya memberikan teaser kepada pembaca. Jika dilaksanakan dengan betul, idea tersebut sangat bernas. Tetapi elakkan dari menyembunyikan terlalu banyak idea sehingga pembaca kehilangan konteks, menjadi keliru dan akhirnya malas untuk fikirkan apa maksud anda. Utamakan kejelasan dalam teks anda.

Leave a Reply