Orang ramai menganggap bahawa setelah produk mereka berada dalam pasaran Clickbank, kerja mereka telah selesai. Tunggu dan lihat sahaja semua affiliate bekerja untuk anda.
Jika anda telah berada dalam bidang ini buat masa yang lama dan reputasi anda telah terbina dalam kalangan pelanggan dan affiliate, mungkin penyataan di atas adalah benar. Tetapi bagi peniaga-peniaga baru, perkara ini bukanlah mudah.
Dengan berjuta-juta produk yang berada di beribu-ribu platform, peluang bagi affiliate yang ramai untuk memilih produk anda sangatlah tipis. Dan itu pun kalau ada affiliate yang memilih produk anda.
Anda memang perlu cuba dapatkan paid traffic dan bina senarai anda sendiri, tetapi pada masa yang sama, affiliate merupakan cara yang cemerlang untuk menjana jualan dan memasarkan produk anda.
Jadi ini rahsia untuk mencari affiliate berkelayakan sebagai ejen pemasaran anda.
Bina hubungan dengan blogger niche yang bukan sekadar minat apa yang mereka lakukan.
Mereka ialah blogger yang betul betul meminati topik atau hobi mereka. Mereka sangat kerap mengemaskini laman web mereka dan mereka betul-betul seronok melakukannya.
Tetapi impian mereka sebenarnya adalah untuk dibayar bagi melakukannya. Mereka ingin menjana pendapatan daripadanya tetapi tidak tahu bagaimana.
Dalam kebanyakan kes, mereka berharap boleh menyara hidup hanya melalui blog mereka.
Bayangkan sekiranya blogger-blogger berdedikasi (yang berkemungkinan besar memiliki pengikut yang banyak) ini, yang juga mempunyai keghairahan dan motivasi untuk menjana pendapatan daripada minat mereka, menjalankan pemasaran untuk anda.
Affiliate yang ideal.
Sekarang anda hanya perlu membina hubungan dengan mereka.
Menjejaki blogger
Langkah pertama ialah mencari blogger-blogger tersebut. Sebenarnya ini lebih mudah dari yang anda sangkakan.
Kebiasaannya mereka akan berada di ruangan komen blog popular dalam bidang mereka. Secara spesifik, blog yang berjaya menghasilkan duit.
Pergi ke Google. Taipkan “niche anda” + “blogging” + “money” atau “niche anda” + “blog” + “duit”
Contohnya:
Kita boleh dapatkan berjuta-juta hasil carian daripada kata-kata kunci ini. Jika anda melawat 5 keputusan carian teratas, anda akan mendapati bahawa walaupun blog-blog ini dikhususkan untuk resipi dan tips memasak, namun mereka menerima 30-50 komen.
Ini menunjukkan terdapat ramai orang yang tertarik untuk membuat duit dengan menulis blog tentang masakan. Mereka berkemungkinannya telah memiliki blog mereka sendiri dan mencari artikel-artikel begini untuk mendapatkan nasihat bagi melakukannya sendiri.
Jadi mulakan mencari secara spesifik dengan niche anda. Dan jika anda tidak berjaya menjumpai keputusan yang baik, cuba luaskan niche anda. Katakan anda menjual buku resipi Paleo, anda mungkin mencari blog resipi Paleo. Ini sangat spesifik. Jika tidak mendapat keputusan, anda boleh meluaskan carian dengan mencari blog resipi, blog Paleo, CrossFit, kecergasan, kesihatan, penurunan berat badan, memasak dan sebagainya.
Anda mengetahui niche anda sendiri, jadi ini tentu mudah bagi anda.
Apabila anda menjumpai affiliate sasaran anda, anda boleh memperkenalkan mereka dengan program affiliate anda. Elakkan dari melakukan hard sell kepada mereka. Anda akan kelihatan seperti spam.
Ia mungkin memadai jika anda tinggalkan komen tentang menjana pendapatan melalui blogging, dan sarankan secara jujur tentang pemasaran affiliate sebagai cara membuat duit. Anda boleh sertakan pautan (link) ke laman affiliate anda dan biarkan mereka klik sendiri.
Anda juga perlu kembali ke blog tersebut dan tinggalkan komen yang relevan dan baik. Atau pergi ke blog affiliate berpotensi anda dan berhubung dengan mereka secara terus.
Satu lagi tip ialah untuk menghadiri persidangan blogger niche di mana anda boleh membina rangkaian dalam niche anda. Anda berpeluang berjumpa dengan mereka yang belum pernah dengar langsung tentang pemasaran affiliate. Bergantung pada niche anda, acara seperti ini mungkin diadakan beberapa kali setahun.
Anda boleh juga meminta affiliate sedia ada anda untuk mempromosikan program affiliate anda kepada rakan-rakan.
Lakukan ini dengan membantu mereka membuat jualan. Hantar newsletter dengan tips tentang promosi dan penjanaan trafik kepada mereka. Letakkan usaha yang lebih untuk melihat mereka berjaya. Dan sebagai balasan, mereka berkemungkinan besar akan menulis blog tentang program anda dan menyarankannya kepada blogger yang lain yang juga ingin membuat duit secara atas talian. Dan anda juga tentunya boleh mengadakan pertandingan antara affiliate bagi memotivasikan mereka.
Terdapat banyak affiliate berpotensi di luar sana yang sedang mencari cara membuat duit dari blog mereka tetapi tidak tahu di mana atau bagaimana untuk bermula. Anda boleh menjadi orang yang memperkenalkan mereka kepada pemasaran affiliate. Dan apabila mereka telah menyertai anda, pantau prestasi mereka, bantu mereka dan bina jalan perhubungan untuk mereka.
Dengan cara ini, mereka akan berada bersama anda buat masa yang lama, berikan anda publisiti yang baik melalui blog mereka dan menyarankan anda kepada rakan-rakan blogger mereka.