You are currently viewing Mikraj Digital X Marjeena: Keunggulan Fesyen Dari Kaca Mata Digital

Mikraj Digital X Marjeena: Keunggulan Fesyen Dari Kaca Mata Digital

Peneraju Keunggulan Fesyen Muslimah

Servis:

1. Rekabentuk Laman Web (link LP)
2. Chatbot Jualan (link LP)

Hasrat Marjeena:

Mengurangkan tenaga kerja dengan mengubah cara bisnes atas talian ke arah automasi dan dalam masa yang sama meningkatkan kadar jualan.

Hasilnya:

Bagi memenuhi hasrat Marjeena, kami telah membina laman web efisien yang berupaya mempamerkan produk-produk Marjeena berserta penerangan produk termasuk warna dan saiz produk, selain menyediakan fungsi “add to cart” ala-ala Shopee dan fungsi pembayaran melalui Toyyibpay dan Stripe. Lantas menyediakan sebuah platform atas talian bagi pelanggan-pelanggan Marjeena melakukan pembelian secara 24 jam sehari, setiap hari.

Kemudian, kami membina chatbot jualan yang turut berkhidmat secara 24 jam sehari, yang akan melayan pertanyaan-pertanyaan dari pihak pelanggan berkenaan produk yang ditawarkan oleh Marjeena. Chatbot yang dibina juga berfungsi secara efektif dalam memulakan perbualan dengan pelanggan yang menulis komen pada posting iklan Marjeena di Facebook.

Kesannya, bukan sahaja peningkatan jualan sebanyak 30% berlaku, tetapi juga bisnes Marjeena kini dapat dijalankan hampir 100% secara automasi.

marjeenahq.com 

Leave a Reply