Ibadah Terasa Indah
Servis:
1. Rekabentuk Laman Web (link LP)
2. Chatbot Jualan (link LP)
Hasrat Mikraj:
Untuk berkembang dari segi jualan dan pemasaran selain menguruskan data pesanan (order), data produk dan data pelanggan secara sistematik serta meningkatkan kadar jualan dan juga conversion rate.
Hasilnya:
Kami meneliti kehendak Mikraj dan merangka strategi terbaik bagi memenuhinya. Kami membina sebuah laman web yang berfungsi memaparkan katalog produk yang tersusun dan boleh diasingkan mengikut kategori, bergantung kepada kehendak pengguna. Laman web tersebut juga membolehkan pelanggan menjalankan proses pembelian dan pembayaran, yang boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja kerana ia beroperasi sepanjang 24 jam sehari.
Seterusnya, Mikraj juga mendapatkan tiga laman web tambahan bagi marketer mereka iaitu My Al-Quran Size A3, Quran Besar Mathani dan Quran Saiz Besar. Tiga laman web tersebut ternyata membantu keupayaan pemasaran mereka sekaligus meningkatkan jumlah jualan mereka.
“Jualan meningkat dengan adanya laman web Quran Besar Mathani”
-Ayyad, Marketer Mikraj
Bagi mengampuhkan lagi teknik penjualan Mikraj, Mikraj Digital menyediakan chatbot jualan yang lengkap dengan ayat copywriting berkesan dan fungsi yang sempurna.
“Conversion rate untuk chatbot sebenarnya tinggi. Selain itu ia direct dan senang untuk customer buat pembelian”
-Firdaus, Marketing Lead Mikraj
Chatbot jualan membantu dalam meningkatkan conversion rate Mikraj. Prospek yang berinteraksi dengan chatbot jualan Mikraj dapat memperoleh maklumat yang cukup berkenaan produk termasuklah testimoni dan FAQ. Susunan atau flow perbualan yang sesuai serta ayat copywriting yang menarik turut menjadi faktor keberkesanan chatbot jualan Mikraj.
Bukan sekadar itu, chatbot jualan Mikraj turut menyediakan link pembayaran untuk pelanggan yang berminat untuk membeli, serta menyimpan data prospek bagi kegunaan follow-up sekiranya prospek tidak meneruskan dengan pembayaran.
Tidak cukup dengan itu, Mikraj Digital juga menawarkan kelas dan latihan kepada Mikraj bagi mengasah lagi keupayaan mereka dalam pemasaran sekaligus meningkatkan kadar jualan.
Kesan daripada servis-servis Mikraj Digital, Mikraj dapat melonjak naik dari segi jualan dan pemasaran.