You are currently viewing Kemahiran #1 Untuk Dapatkan Keuntungan Atas Talian dan Luar Talian

Kemahiran #1 Untuk Dapatkan Keuntungan Atas Talian dan Luar Talian

  • Post category:Ilmu
  • Post author:

Dalam post blog ini, saya akan kongsikan dengan anda kemahiran #1 untuk meraih keuntungan melalui atas talian DAN luar talian.

 

Saya yakin anda ingin tahu bagaimana ia dapat dilakukan.

 

Bayangkan: Jika anda boleh miliki SATU kemahiran dalam dunia bisnes sekarang, apakah kemahiran yang anda mahu miliki?

 

Komunikasi, kesabaran, kepimpinan, kegigihan…

 

Atau sesuatu yang lebih teknikal seperti pengaturcaraan (programming), reka bentuk (design) atau “copywriting”…

 

Sebenarnya, kemahiran #1 yang mampu digunakan untuk menjana pendapatan atas talian DAN luar talian ialah:

 

PEMASARAN (MARKETING).

Sebagai seorang pemasar (marketer), anda perlu pastikan anda fokus terhadap sasaran jangka masa panjang (Big Picture). 

 

Bukan semua orang menganggap diri mereka bagus dalam pemasaran. Namun, berita baiknya ialah, pemasaran merupakan kemahiran yang mampu dipelajari dan boleh diasah.

 

Pemasaran dan mengetahui cara menjual merupakan sesuatu yang sangat penting untuk mana-mana perniagaan pun.

 

Fikirkan semua perkara yang terlibat dalam menjalankan perniagaan atas talian. Sama ada anda menghasilkan surat jualan (sales letter), video jualan, atau bercakap di atas platform di hadapan ribuan manusia, anda perlu tahu bagaimana untuk menjual, atau secara lebih spesifik, bagaimana untuk menutup jualan (close the sale). 

 

Tuntasnya, pemasaran sangat penting untuk mana-mana perniagaan.

 

Masalahnya: dalam bidang jualan, selalunya terdapat beberapa blok mental (mental blocks) yang besar yang menghalang orang daripada melakukannya.

 

Saya akan kongsikan kepada anda di sini, supaya anda dapat mengenal pasti apakah ia dan terus membuangnya.

 

#1- Kebanyakan orang tidak suka menjadi sasaran jualan

Ramai orang tidak menggemari perkataan “jualan” atau “sales”, atau apa saja perkataan lain yang seangkatan dengannya.

 

Anda – yang sedang membaca sekarang – juga mungkin sedang menganggukkan kepala anda dan berfikir bahawa anda tidak suka menjadi sasaran jualan.

 

Ia merupakan perkara yang biasa…dan terdapat ramai lagi orang di luar sana yang merasai perkara yang sama.

 

Tapi masalahnya di sini ialah jika ANDA tidak menyukai jualan (sales) – maka ia akan sentiasa menjadi satu blok mental (mental block) yang menghalang anda daripada melakukan apa yang anda perlu lakukan. 

 

Jadi sebagai usahawan atas talian, soalan yang perlu anda tanyakan pada diri sendiri ialah; “Bagaimana saya boleh menjual tanpa kelihatan terlalu mendesak atau terlalu ‘menjual’?”

 

Kerana seperti yang saya sebutkan di atas, ini ialah kemahiran yang PENTING.

 

Jika anda tahu menjual, ia seolah-olah anda memiliki lesen untuk mencetak sendiri duit anda.

 

#2- Kebanyakan orang menganggap “menjual” sebagai sesuatu yang negatif.

Ini merupakan satu lagi blok mental (mental block) yang ramai orang miliki.

 

“Menjual bukan bidang saya”

 

“Saya tak suka menjual sebab saya tak nak nampak macam memaksa”

 

“Menjual” ialah perkataan yang dilitupi dengan konotasi negatif.

 

Satu-satunya cara untuk mengatasi blok mental ini ialah dengan membuang imej negatif yang anda mungkin pancarkan pada perkataan “jual”. 

 

Berbanding berfikir dari sudut pandang “menjual”, ubah persepsi ke arah seorang yang sedang membantu pelanggan. Anda perlu percaya pada produk yang anda jual.

 

Anda bukannya sedang memaksa mereka membeli produk anda – anda sedang menyarankan sesuatu yang bernilai, yang mampu menyelesaikan masalah mereka. 

 

Setelah anda melihat dari sudut pandang ini, anda akan mendapati bahawa idea negatif anda berkenaan menjual telah berubah dan ia akan membantu anda maju ke hadapan.

 

#3- Kebanyakan orang berasa takut untuk menjual 

Isu ini ialah isu yang paling biasa dihadapi oleh orang yang datang berjumpa dengan saya: perasaan takut untuk menjual kepada orang lain.

 

“Saya tidak suka perasaan macam semua orang sedang memandang saya.”

 

“Saya tak tahu nak cakap apa.”

 

“Saya tak boleh lakukannya tanpa skrip.”

 

Sebenarnya, satu-satunya skrip yang anda perlukan dalam menjual ialah membuatkan audiens anda memahami siapa diri anda.

 

Setelah mereka mengenali diri anda dan mendengar cerita anda, mereka akan mula berasa tertarik.

 

Bunyi macam senang? Sebab memang senang.

Leave a Reply