Untuk menghasilkan Sale Page kami di Mikraj Digital menggunakan pelbagai cara dan kaedah mengikut kesesuaian produk tertentu. Setiap produk dan servis mempunyai kaedah yang berbeza, namun kami berbesar hati untuk kongsikan salah satu kaedah yang sering kami gunakan.
Kami akan tunjukkan dari mula kami buat kerja-kerja untuk menyiapkan sale page yang converts sales. Semuanya akan diterangkan mengikut fasa. Di setiap fasa kami akan berikan sedikit huraian.
FASA 1
Dalam fasa 1 ini, kami akan membuat kajian sedalam mungkin dan meminta beberapa database dari client untuk kami membuat market research. Dari database tersebut, kami akan tanyakan beberapa soalan khas untuk menghasilkan website yang kena tepat pada sasaran pelanggan.
Kemudian, kami akan susun sale page dan kerja menulis sale letter juga akan di buat dalam fasa ini.
FASA 2
Setelah siap Sale Letter, kerja-kerja design akan di mulakan. Pada bahagian ini, kami akan pastikan design website dalam keadaan yang kemas dan tersusun. Namun element emosi adalah yang utama untuk mendapatkan jualan.
Jadi, content design yang bakal ada di dalam website juga berunsur emosi yang berkaitan.
FASA 3
Sale Page siap! Dalam fasa ini kami akan melihat dari data iklan yang dijalankan. Kemudian, proses touch up sale page akan dibuat untuk menambah baik dan menjadikan sale page mesra pelanggan dan juga boleh menghasilkan jualan atau convert sale.
Kami menggunakan indicator pengiraan khas untuk melihat sama ada sale page convert sale atau tidak. Jadi kami akan perbaiki dan tambah baik sale page tersebut.
FASA 4
LENGKAP! Pada fasa ini kita akan lakukan pengiklanan yang serius berbanding sebelum. Kemudian kita juga akan scale up serta mengoptimumkan lagi website dengan beberapa kaedah tambahan seperti auto follow up. Ini membantu lagi penambahan sale bagi sesuatu website.
Cukup dulu dengan 4 fasa ini. InsyaAllah saya akan cuba kongsikan lebih terperinci lagi bagi setiap fasa di atas. Ini sekadar panduan dan boleh berubah mengikut keadaan. Jadi ia bergantung pada kesesuaian produk tertentu.