Memulakan bisnes atas talian dan memujuk orang untuk membuat pembelian menerusi anda ialah suatu perkara yang sukar untuk dilakukan jika anda merupakan seorang yang baru dalam bidang ini.
Internet ialah lokasi utama bagi scam, jadi anda tentunya tidak boleh menyalahkan pengguna jika mereka memiliki keraguan apabila mereka terjumpa sales page atau tawaran affiliate yang tidak disahkan oleh pihak berautoriti.
Apabila anda masih baru dalam perniagaan atas talian, kepercayaan (trust) antara pelanggan anda dengan diri anda merupakan isu yang besar.
Anda mungkin memiliki banyak produk yang bagus tetapi tanpa kredibiliti, menghasilkan jualan akan menjadi sangat mencabar.
Jadi berikut merupakan 8 tips bagi membantu anda meraih kredibiliti dan meningkat conversion:
- Menulis blog
Tiada cara lain yang lebih berkesan dalam membina kredibiliti berbanding menulis blog.
Dengan mendokumenkan perjalanan anda dan memberi tips secara konsisten untuk membantu orang lain, lambat-laun orang akan datang kepada anda bagi mendapatkan cadangan.
Walaupun menulis blog merupakan sesuatu yang memakan banyak masa, menulis blog merupakan salah satu cara paling efektif untuk membezakan anda sebagai sumber yang boleh dipercayai.
Dengan cara ini, anda akan membina fanbase sendiri yang akan setia kepada jenama anda.
- Mencipta page latar belakang yang kukuh
Salah satu perkara paling penting dalam sesebuah laman web ialah halaman “Perihal” atau “About”.
Kebanyakan orang sangat berhati-hati dalam memilih daripada siapa mereka membeli dan suka membuat kaji selidik terlebih dahulu berkenaan produk dan penjual tersebut.
Dengan mencipta page latar belakang kukuh yang menyediakan butiran mengenai diri anda, pencapaian anda dan jenama anda, anda akan lebih berpeluang untuk mendapatkan kepercayaan mereka.
- Tambah social proof (bukti sosial)
Jika anda pernah membuat jualan sebelum ini, anda patut mendapatkan testimoni daripada pelanggan-pelanggan terdahulu.
Sesiapa sahaja boleh memuji diri sendiri, tetapi apabila ada pihak ketiga yang memberikan ulasan yang baik tentang mereka, maka barulah kredibiliti dapat terbina.
Selain testimoni, anda patut sertakan screenshot pendapatan, anugerah dan ulasan media yang anda pernah terima, atau mungkin juga gambar yang boleh menyampaikan imej anda.
Sebagai contoh, jika anda menjual produk penurunan berat badan, anda boleh meletakkan gambar “Sebelum vs Selepas”. Jika anda menjual produk pemasaran Internet, anda boleh menggunakan video anda dalam rumah atau kereta mewah anda.
- Tulis sales letter yang boleh dipercayai
Elakkan dari melakukan hard sell dalam sales letter anda.
Anda sendiri tidak suka apabila orang “memaksa” anda membeli sesuatu kan?
Ia membuatkan produk yang dijual kelihatan murah, manakala penjual pula kelihatan terdesak.
Sebaliknya, susun sales letter anda dengan cermat seperti sebuah cerita yang dikarang dengan indah supaya pembaca anda akan tertarik untuk membeli faedah produk anda, bukan ciri-ciri produk itu.
Tulis tentang masalah dan bagaimana anda boleh menyelesaikannya.
- Elakkan reka bentuk murah
Elakkan dari menggunakan reka bentuk grafik dan layout yang kelihatan murah.
Melainkan jika anda sendiri merupakan seorang pereka bentuk grafik, elakkan dari mencuba untuk menggunakan Photoshop.
Gunakan sahaja reka bentuk theme yang ringkas berbanding menggabungkan idea-idea anda dan mencurahkan kesemuanya dalam sesebuah poster atau laman web. Ini mungkin kelihatan cantik di mata anda tetapi akan menakutkan pelanggan-pelanggan anda.
Tarik mereka melalui keringkasan.
- Sediakan cara untuk menghubungi anda
Biarkan orang menghubungi anda sama ada melalui email, Facebook, Twitter atau mungkin juga nombor telefon anda.
Dengan membuka saluran komunikasi dua hala, anda menawarkan ketelusan dan membuatkan pelanggan anda berasa lebih selamat untuk berurus niaga dengan anda.
Ia memberikan jaminan kepada prospek dan pelanggan sedia ada bahawa mereka boleh terus berhadapan dengan anda jika mereka memerlukan bantuan atau jika ada masalah yang timbul.
Dengan cara ini, anda mencipta sebuah imej yang kukuh pada pandangan pelanggan anda kerana ia menunjukkan bahawa anda mengutamakan kebajikan mereka.
Anda tentunya memang sentiasa melakukan yang demikian, tetapi ini merupakan cara yang bagus untuk menunjukkan kepada mereka tentangnya.
Jika orang ramai tidak yakin bahawa mereka boleh menghubungi anda, mereka juga akan berasa tidak yakin terhadap anda, produk anda dan jenama anda.
Menyediakan cara untuk dihubungi merupakan tanda kepercayaan.
Ia menunjukkan anda tidak akan lari selepas mereka membuat pembelian.
- Tampilkan diri anda
Apabila anda mencipta sebuah video review atau video jualan, cuba gunakan suara anda sendiri, atau lebih baik jika anda menampilkan wajah anda sendiri.
Menggunakan video merupakan satu teknik pemasaran yang sangat baik.
Ia memberikan impak seperti pendekatan personal dan ia membuatkan penonton berasa dekat dengan anda sebagai seorang manusia (bukan hanya teks dan imej).
Apabila mereka melihat wajah manusia sebenar bercakap kepada mereka, ia lebih berkuasa berbanding mereka hanya membaca teks yang anda sediakan.
- Email & domain yang legit
Ini sangat penting. Anda tidak boleh mengharapkan orang akan percaya kepada anda atau produk anda sekiranya anda menggunakan alamat email yang tidak profesional dan domain yang bukan milik anda sepenuhnya.
Contohnya jika anda menggunakan alamat email seperti asamboi35672@gmail.com dan domain seperti belisekarang.wordpress.com.
Ia membuatkan anda kelihatan seperti seorang scammer.
Beli domain anda sendiri.
Dan beli hosting sendiri.
Cipta satu nama domain profesional dan alamat email yang legit. Elakkan dari menggunakan nombor dalam alamat email anda.
Anda hanya perlu membelanjakan sedikit wang untuk domain anda tetapi ia memberikan perbezaan yang besar dalam jumlah jualan yang anda mungkin terlepas sekiranya anda tidak memiliki domain sendiri.