- Mengenal pasti bidang yang mampu menjana keuntungan
Jika anda tak perlu risau berkenaan wang, apa yang akan anda lakukan dengan masa anda? Inilah bidang yang anda boleh pilih. Sesetengah orang mungkin berminat dengan gaming. Jadi mereka boleh memilih minat tersebut sebagai motivasi untuk terus bergerak ke hadapan.
Jika anda terperangkap dalam bidang yang anda tidak minati, anda akan berasa susah untuk ke langkah-langkah seterusnya.
Menjana pendapatan secara atas talian tidaklah rumit, tetapi ia juga bukanlah senang. Dengan memilih bidang yang anda tidak minati, ia akan menjadi lebih sukar bagi anda untuk berjaya.
Setelah anda menjumpai satu bidang yang anda betul-betul sukai, anda perlu periksa potensi bidang tersebut dalam menjana pendapatan untuk anda. Tiada gunanya juga jika anda sangat berminat dengan sesuatu bidang namun ia tidak mampu memberikan keuntungan kepada anda.
Periksa permintaan dan penawaran (demand and supply) bagi bidang anda.
Penawaran (Supply)
Pergi ke Google dan masukkan keyword atau bidang anda. Pilihan terbaik bagi anda ialah bidang yang menghasilkan kurang daripada 500,000 hasil carian. Jika hasil carian melebihi jumlah tersebut, ia bermaksud competition anda tinggi, jadi agak sukar bagi anda menghasilkan pendapatan anda sebagai seorang yang baru menceburi bidang itu.
Permintaan (Demand)
Pergi ke Google Keyword Planner dan masukkan keyword yang sama. Ia sangat bagus jika sekurang-kurangnya 2,000 orang membuat carian berkenaan keyword anda dalam masa sebulan. Jika kurang, maksudnya permintaannya rendah dan sukarlah bagi anda menghasilkan pendapatan daripadanya.
Ingat:
- Penawaran (Supply): kurang daripada 500,000
- Permintaan (Demand): lebih daripada 2,000
- Hasilkan Content yang Segar
Cara paling mudah dan pantas bagi menghasilkan content yang segar dan unik ialah dengan menggunakan WordPress pada laman web anda. Anda tidak memerlukan pengetahuan teknikal untuk menggunakannya, ia juga percuma dan ia digunakan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia.
- Promosikan Produk Anda
Bagi menghasilkan pendapatan pasif, anda perlu menjual produk digital. Terdapat dua cara bagi anda melaksanakan langkah ini.
- Jual produk digital anda sendiri dan ambil semua hasil jualan
- Jual produk digital orang lain dan terima komisen bagi setiap jualan anda
Cara kedua juga dikenali sebagai Affiliate Marketing atau Pemasaran Gabungan.
Jika anda memilih cara pertama, kebaikannya ialah anda boleh mengaut semua keuntungan sendiri. Anda juga menegakkan autoriti dan jenama anda. Namun, jika anda baru hendak bermula, maka ia akan memakan masa, tenaga dan wang ringgit bagi mencipta produk sendiri.
Sebaliknya, jika anda menjual produk orang lain, anda tidak perlu berfikir tentang mencipta produk, kepuasan hati pelanggan, mahupun khidmat pelanggan. Anda cuma perlu memasarkan produk sedia ada dan terima komisen yang besar. Affiliate Marketing merupakan cara paling pantas bagi mula menjana keuntungan atas talian.
ClickBank merupakan antara tempat terbaik untuk bermula dalam Affiliate Marketing. ClickBank merupakan marketplace digital paling besar di dunia dan biasanya menawarkan antara 50-75% komisen bagi setiap jualan produk. Terdapat beribu-ribu pilihan produk dalam marketplace mereka yang anda boleh pilih, dan paling penting, anda boleh mendaftar secara percuma.
Klik pada bidang anda dan pilih dari produk-produk yang ada. Mula pasarkan dan syorkan produk tersebut dengan mencipta review page pada laman web anda.
Dalam mempromosikan produk, apa yang anda perlukan ialah sebuah offer page (atau turut dikenali sebagai sales letter). Satu-satunya perkara yang menjual dalam sebuah sales letter ialah kata-kata. Jadi anda tak perlu risau tentang grafik dan cara untuk mereka bentuk secara profesional. Grafik yang cantik tak akan berguna jika copywriting anda lemah.
Fokus pada kata-kata.
Alex Mandossian, seorang penulis dan marketer terkemuka berkongsi satu formula sales berkesan yang dipanggil
The Persuasion Equation:-
- Urgent Problem: Jangan buang masa anda dengan memberi pengenalan, sebaliknya tekankan masalah pembaca anda dari awal. Contohnya: “Adakah kehidupan sosial anda terganggu kerana anda terlalu leka dengan Mobile Legends? Adakah anda kekurangan tidur, menjadikan anda cepat letih, stres?”
- Unique Promise: Beritahu mereka secara tepat tentang bagaimana anda akan membantu menyelesaikan masalah mereka. Contohnya: “Saya ada blueprint yang boleh menaikkan rank Mobile Legends anda dengan cepat tanpa menjejaskan kehidupan sosial.”
iii. Unquestionable Proof: Tambah testimoni dan bukti sosial dari pihak luar bahawa produk anda berkesan. Ini ialah bahagian PALING PENTING dalam sales letter anda.
- User-Friendly Proposition: Orang ramai mahu tahu sama ada produk anda akan berkesan untuk mereka. Jadikan solusi anda seringkas mungkin hinggakan semua orang berasa bahawa mereka boleh mendapatkan hasil terbaik dengannya. Contohnya: “Dalam 8 langkah mudah, anda akan mampu mendapatkan keputusan yang hebat; Saya telah jadikannya sangat mudah hinggakan budak berumur 12 tahun pun boleh melakukannya…”
- Menjana Trafik
Terdapat banyak cara untuk menjana trafik, jadi langkah ini mungkin merupakan langkah paling mudah dalam pemasaran Internet (Internet Marketing). Antara caranya menjana trafik dalam jangka masa panjang ialah:
Video Marketing (Pemasaran Video)
Ia sangat normal jika anda merasa tidak cukup bagus untuk berada di depan kamera. Kebanyakan orang turut berasa begitu. Namun anda perlu tahu bahawa ketidaksempurnaan kita itulah yang membuatkan anda lebih autentik dan audiens boleh “relate” dengan anda.
Itulah ciri yang akan menarik perhatian audiens. Mereka tidak menyukai apabila figura yang bercakap dengan mereka merupakan seorang yang bercakap seperti “pakar” dan bukannya seperti salah seorang dari mereka sendiri. Anda hanya perlu menjadi diri sendiri.
Perlu diingati juga bahawa dalam kehidupan ini, ada orang yang akan menyukai kita dan akan ada juga yang tidak. Lumrahnya memang begitu.
Anda memiliki dua pilihan:
- Anda boleh membuat video, berkongsi pengetahuan anda, bantu mereka yang ingin dibantu dan menjadi kaya (dan ada orang di luar sana yang tidak menyukai anda). Atau..
- Anda boleh TIDAK membuat video, TIDAK berkongsi pengetahuan anda, TIDAK membantu mereka yang ingin dibantu, TIDAK menjadi kaya (dan MASIH ada orang di luar sana yang tidak menyukai anda).
Haters tetap ada dalam kedua-duanya. Tetapi terdapat perbezaan besar bagi anda dan orang yang mungkin dapat bantu.
Press Releases (Kenyataan Akhbar)
Kenyataan Akhbar sangat mudah dan sangat efektif. Anda hanya perlu menulis kenyataan akhbar seolah-olah anda merupakan pihak luar atau pengguna yang ingin memuji produk tertentu (cuma sebenarnya ia merupakan produk anda sendiri). Hantarkannya ke laman web kenyataan akhbar, kemudian jana trafik melalui trafik tersebut.
Orang ramai mempercayai kenyataan akhbar kerana ia bukan tempat pengiklanan, dan merupakan sumber maklumat yang berkredibiliti.
Terdapat kenyataan akhbar percuma dan berbayar. Sebagai permulaan, cara terbaik ialah menggunakan servis percuma dan menghantarnya sekali setiap minggu. Seterusnya, anda boleh menulis kenyataan akhbar berbayar sekali dalam sebulan.
- Laman kenyataan akhbar percuma: www.PRlog.org
- Laman kenyataan akhbar berbayar: www.PRweb.com
- Automate
Bagi mencipta pendapatan pasif, sistem anda perlulah automatik. Ini bermaksud anda TIDAK sepatutnya berada di dalam proses itu (sebanyak yang mungkin) supaya orang ramai datang ke laman web anda secara automatik, membeli produk anda secara automatik dan menerima produk anda secara automatik. Anda tidak perlu menghantar e-mel berkenaan produk anda kepada mereka, atau bercakap dengan setiap orang bagi memastikan jualan berjalan. Semuanya perlu berjalan sendiri.
Apabila anda mencapai satu tahap di mana anda tidak lagi perlu memperdagangkan masa anda untuk duit, anda boleh merasai kebebasan yang luas.