You are currently viewing 4 Sebab Anda Perlu Lakukan List Building

4 Sebab Anda Perlu Lakukan List Building

  • Post category:Ilmu
  • Post author:

List building merupakan kunci untuk menjayakan perniagaan anda tidak kira sama ada ia perniagaan atas talian mahupun luar talian.

 

List building ialah proses mendapatkan alamat email pelawat laman web anda, pelanggan mahupun pelabur. 

 

Tetapi masih ramai yang gagal untuk menyedari kepentingannya. 98% orang yang gagal menjana pendapatan atas talian, menghadapi kegagalan tersebut kerana mereka tidak memiliki list mereka sendiri.

 

Kenapa list building sangat penting?

 

  1. Tidak perlu bergantung pada Google

Dengan senarai email, anda tidak lagi perlu risau tentang algorithm carian Google yang seterusnya. Kurang satu benda untuk anda risaukan.

 

Lupakan tentang SEO dan backlink.

 

Jika Google memutuskan untuk menyah-indekskan semua laman web anda, anda masih memiliki senarai email untuk berhubung secara terus dengan prospek. Dari menawarkan promosi atau menarik mereka ke laman web anda, semuanya dapat dilakukan dengan mudah menggunakan senarai tersebut.

 

  1. Mengukuhkan hubungan dengan subscribers

Orang ramai hanya membeli daripada orang yang mereka kenali, sukai dan percayai.

 

Dengan memiliki senarai email, anda boleh membina hubungan dengan prospek anda. Berikan mereka maklumat tambahan dan isi bernilai.

 

Jadikan ia komunikasi dua hala dengan cara mengajak subscribers membalas email anda dengan maklum balas dan soalan. Anda akan terkejut dengan jumlah nilai yang anda dapat peroleh daripada proses tersebut.

 

  1. Bawa trafik ke mana sahaja anda mahukan

Sama ada ia promosi baharu yang anda sedang tawarkan atau blog terbaru dalam laman web anda, dengan satu email blast, anda mampu mencipta jumlah trafik yang besar secara serta-merta. 

 

Tambahan pula, jika anda ingin (patut) membina hubungan setia dengan pembaca, maka ini merupakan cara yang terbaik untuk mengingatkan mereka tentang kelebihan-kelebihan yang laman web anda tawarkan.

Ingat bahawa terdapat berjuta-juta laman web di luar sana dan pengunjung laman web anda tentunya berkunjung ke laman web lain juga.

 

Jadi senarai email sangat diperlukan bagi mengingatkan mereka tentang kewujudan anda dan memastikan mereka berkunjung lagi dan lagi ke laman web anda.

 

  1. Jana jualan dan komisen yang luar biasa

Terdapat dua cara mudah bagi menjana jualan dengan senarai email anda:

 

Pertama sekali, statistik menunjukkan bahawa secara purata, seseorang perlu berinteraksi dengan sesebuah produk atau jenama sebanyak 8 kali sebelum mereka melakukan pembelian.

 

Hanya kerana seseorang melawat laman web anda bagi melihat apa yang anda promosikan tetapi tidak melakukan sebarang transaksi, tidak bermaksud mereka tidak akan membeli buat selamanya.

 

Dengan senarai email, anda boleh menyimpan semua leads yang menunjukkan minat kepada promosi anda dan anda boleh melakukan follow up dengan mereka. Berikan mereka lebih banyak maklumat tentang produk itu, ceritakan kelebihan produk itu, berikan mereka sebab untuk membeli dan sediakan cara yang mudah untuk mereka mendapatkannya.

 

Kemungkinan besar, sepanjang anda membina hubungan dan meneruskan perbualan, apabila mereka telah bersedia untuk membeli, mereka akan datang kepada anda.

 

Kedua ialah, anda boleh mempromosikan produk anda secara terus kepada senarai email anda. Mudahkan?

 

Anda tidak perlu stres tentang menjana trafik atau SEO. Sama ada anda memiliki produk sendiri, atau anda merupakan affiliate bagi produk orang lain, blast sahaja link jualan kepada senarai email anda dan dapatkan keuntungan anda!

 

Leave a Reply