Penularan wabak COVID-19 telah memberi kesan kepada banyak nyawa di seluruh dunia. Dunia bisnes juga terkesan dengan caranya yang tersendiri. Apa yang anda boleh lakukan untuk menyelamatkan bisnes anda? Bagaimanakah cara untuk anda terus mengembangkan bisnes anda pada masa yang sulit ini? Russell Brunson dalam bengkelnya Traffic Secrets Workshop, telah merungkai 3 rahsia untuk mendapatkan trafik tanpa had dan strategi trafik yang bisnes anda perlukan. Baca lebih lanjut untuk memastikan bisnes anda bertahan dan tetap berjaya sepanjang krisis ini.
Kenapa Trafik Penting?
- Jika anda memiliki bisnes, trafik menjamin daya tahan anda. Jika anda memiliki kedai fizikal (brick and mortar store), anda mampu meraih trafik dari mereka yang lalu-lalang dan mereka yang masuk ke kedai anda. Namun, sejurus sahaja kedai anda ditutup di akhir hari, tiada lagi trafik yang ditarik. Terutamanya sewaktu pandemik, bisnes yang tidak dibuka untuk masa yang lama, lambat-laun akan runtuh. Sebaliknya, jika anda memiliki trafik secara atas talian dan juga luar talian, ia akan bertindak sebagai penjamin hayat bisnes anda dan pelindung anda dalam keadaan ekonomi yang sedang berubah ini.
- Peluang baru bagi anda. Trafik merupakan peluang baru bagi anda. Kemahiran paling bernilai yang sesiapa pun boleh miliki ialah kemahiran untuk menarik pelanggan untuk membeli. Jika anda memiliki kemahiran ini, anda boleh berjumpa dengan mana-mana pemilik bisnes dan cakap “Saya boleh dapatkan trafik untuk anda”. Hal ini sangat penting bagi pemilik bisnes kerana mereka sedar bahawa produk atau servis yang mereka tawarkan akan terbazir jika tiada prospek.
3 Rahsia “Funnel Hacking”
- Sumber trafik yang belum diterokai tetapi tersembunyi dalam terang, namun bernilai LEBIH TINGGI berbanding MANA-MANA sumber trafik atas talian sekalipun jika semuanya DIGABUNGKAN.
3 Jenis trafik:
i. Trafik yang anda kawal (anda perlu bayar untuk dapatkannya)
Trafik yang anda kawal bermaksud anda membayar sesuatu pihak untuk mendapatkan trafik (Google Ads, Facebook Ads, YouTube ads, dll). Nama lainnya ialah iklan berbayar.
ii. Trafik yang anda peroleh (anda perlu berusaha untuk mendapatkannya)
Untuk mendapatkan trafik jenis ini, anda perlu berusaha dengan bertanya kepada ramai penonton/pelanggan/pengikut sama ada mereka boleh menemu duga anda atau sekiranya anda boleh muncul di laman web mereka (lihat jika anda cukup berkelayakan).
iii. Trafik yang anda miliki (senarai anda).
Trafik yang anda miliki ialah senarai email anda, secara ringkasnya ia ialah senarai peribadi anda yang mengandungi mereka yang memang mengenali anda dan pernah membeli dari anda sebelum ini.
Jika anda tidak memiliki sebarang senarai, anda perlu mencipta satu sekarang. Ia sangat mudah. Apa yang anda perlukan ialah mencipta magnet “lead”. Buat sesuatu yang ringkas dan asas, contohnya berikan mereka sesuatu yang percuma sebagai pertukaran untuk email mereka. Dapatkan maklumat kenalan mereka sebagai balasan dan beginilah cara anda membuat senarai anda.
Cara lain untuk menarik trafik ialah mencipta sebuah urutan untuk menghidupkan semula pelanggan. Ini untuk mengingatkan mereka tentang siapa diri anda dan secara tidak langsung memasukkan mereka ke dalam senarai anda supaya mereka akan membeli sesuatu dari anda sekali lagi.
Urutan anda perlulah mengandungi:
- Siapa diri anda
- Apa yang anda lakukan
- Bagaimana anda melakukannya
- Bagaimana anda mempelajarinya
- Untuk siapa anda lakukan apa yang anda lakukan
- Bagaimana anda boleh lakukan perkara yang sama untuk mereka
- Rahsia “funnel” pulang modal yang membuatkan SEMUA trafik saya LEBIH BAIK dari PERCUMA.
Adakah anda akan mempercayai saya jika saya memberitahu anda bahawa hujung hadapan “funnel” (front end funnels) mencipta trafik yang lebih baik berbanding percuma. Ia mengurangkan semua kos pengiklanan, iaitu jumlah yang diperlukan untuk menjual sesuatu produk. Apabila pengguna pergi ke hujung hadapan “funnel” (front end funnel), anda menghasilkan amaun lebih tinggi secara purata berbanding kos pengiklanan anda bagi setiap orang yang membeli, menjadikannya “lebih baik dari percuma”. Sebab lain bagi anda memiliki “front end funnel” ialah untuk membina senarai anda.
- Bagaimana untuk dapatkan pelanggan SAMA yang sedang pergi ke funnel pesaing anda, beralih ke funnel anda.
Terdapat banyak cara untuk anda lakukan perkara ini. Salah satu caranya memerlukan anda pergi ke laman web ini ClickBank.com bagi mencari funnel yang baik untuk dijadikan model dan untuk mengetahui jumlah duit yang mereka hasilkan. Anda juga boleh pergi ke laman web ini SimilarWeb.com untuk melihat dari mana trafik mereka lahir. Laman web ini akan menunjukkan kepada anda pandangan keseluruhan trafik funnel pesaing anda.
Terdapat juga cara bagi anda untuk mendapatkan sepanduk direka bentuk berdasarkan apa yang berkesan dari model yang anda ikut. Jadikan mesej, reka bentuk, dan saiz sepanduk yang berkesan sebagai model, dan anda boleh ke 20DollarBanners.com untuk menghasilkan reka bentuk sepanduk tersebut.
Sebagai rumusan, membina senarai anda merupakan sesuatu yang penting dalam menghasilkan trafik. Perkara paling penting yang perlu anda tahu dan kenali ialah trafik yang anda miliki, atau senarai anda, kerana ini merupakan cara bagi anda menarik mereka masuk ke dalam funnel anda. Tetapi jangan berakhir di situ, kerana tidak membuat tindakan susulan kepada mereka merupakan satu kesilapan yang sangat kerap dilakukan. Ia merupakan suatu idea yang baik untuk mengekalkan hubungan sepanjang hayat dengan seseorang pelanggan berbanding sentiasa mencari pelanggan baru sebagai sasaran untuk menjual produk anda. Secara majoriti, jumlah besar keuntungan yang dihasilkan oleh sesuatu bisnes lahir dari funnel susulan (follow up funnel). Tarik trafik yang anda kawal dan peroleh ke dalam funnel supaya anda tidak perlu membelanjakan lebih bagi mendapatkan pelanggan.