Sebagai internet marketer, kita perlu mengetahui kepentingan user interface dan struktur yang bagus dalam laman web kita untuk menukar (convert) mereka yang melawat laman web anda kepada pelanggan.
Kita mahu mereka membeli produk kita.
Ramuan rahsianya ialah reka bentuk laman web yang bagus, yang mampu memaksimakan jualan, click-through rates, engagement pengguna dan brand loyalty.
Interface pengguna atau user interface perlulah mudah digunakan dan mampu memberikan anda kadar conversion yang tinggi, yang tentunya anda sebagai seorang marketer sangat inginkan.
Jadi berikut kami sediakan 10 tips untuk membina interface pengguna yang berjaya.
- Fokus pada penyelesaian masalah
Laman web anda harus memiliki tujuan yang jelas, iaitu untuk menyediakan cara bagi pelanggan anda menyelesaikan masalah mereka.
Jangan terlalu fokus pada ciri-ciri produk anda.
Tetapi mudahkan mereka untuk mencari maklumat produk anda dan maklumat contacts anda bagi memastikan mereka boleh berhubung dengan anda.
Sediakan jawapan, bukan kemungkinan.
- Elakkan dari memaparkan maklumat yang terlalu sarat
Setiap laman dalam funnel jualan anda perlulah memberikan pelawat maklumat yang cukup-cukup sahaja untuk convert mereka dan membawa mereka ke laman seterusnya dalam funnel anda tanpa membebankan mereka dengan terlalu banyak pilihan atau maklumat.
Bagi mengetahui sama ada anda sedang memberikan maklumat yang terlalu banyak, tepuk dada, tanya landing page anda.
Jika anda menggunakan beberapa perenggan teks dalam landing page anda, dan anda sebenarnya tiada keperluan untuk berbuat demikian, maka anda berada di jalan yang salah dan anda perlu mengubah isi kandungan laman anda.
- Bantu pengguna mencari apa yang mereka perlukan
Pastikan jarak antara pengguna dengan apa yang mereka cari hanyalah beberapa klik sahaja. Orang ramai berkemungkinan besar akan meninggalkan laman web anda dalam keadaan bengang apabila mereka perlu melalui banyak laman (page) sebelum mereka menjumpai apa yang mereka cari.
Pada masa yang sama, pastikan anda masih memaparkan maklumat yang mereka perlukan.
Jadikan laman web anda mudah untuk digunakan dan pastikan ia ringkas.
- Jangan menjadi terlalu teknikal
Gunakan bahasa yang pelanggan anda fahami.
Kebanyakan orang menganggap bahawa mereka perlu menggunakan bahasa dan istilah-istilah teknikal supaya mereka kelihatan seperti seorang yang pakar.
Sebaliknya, kesan daripada perkara ini ialah pelanggan tidak merasa dekat dengan apa yang mereka lihat dan baca. Lebih-lebih lagi sekiranya mereka masih baru dalam bidang ini BUKAN pakar seperti anda.
Tuntasnya, jika anda tidak menggunakan bahasa yang difahami oleh pelanggan anda, mereka tidak akan mengetahui apa yang anda cuba sampaikan.
- Gunakan pengaruh sosial, bukan “self-promotion”
Orang ramai tidak mahu mendengar (atau membaca) anda memuji produk anda, syarikat anda, atau diri anda sendiri. Apa yang mereka mahu dengar ialah apa yang orang lain katakan tentang anda.
Pengaruh sosial boleh menjadi sebuah taktik yang berguna dalam mendapatkan conversions.
Testimoni, recommendation, atau data mengenai produk anda merupakan perkara-perkara yang meyakinkan mereka untuk menekan butang “BELI SEKARANG”.
- Ketahui apa yang boleh diulang dan apa yang tidak patut
Jangan ulangi “call to action” anda (seperti butang “Buat Tempahan”, “Place Order” dan sebagainya) berkali-kali melainkan jika anda menggunakan laman yang panjang yang memerlukan pelawat skrol ke bawah.
Jika anda berada di tempat pelawat, anda tentunya tidak mahu melihat benda yang sama berkali-kali dalam satu laman yang sama.
Sekiranya anda menggunakan laman yang panjang pula, pastikan anda mengulangi “call to action” anda di bahagian atas sekali dan bahagian bawah sekali di laman anda, bagi memastikan pelawat tidak lupa.
Kebanyakan orang berhenti sejenak untuk berfikir apabila mereka tiba di bahagian bawah sekali pada laman anda. Jadi ia merupakan tempat yang baik untuk meletakkan “call to action” bagi mendorong mereka untuk membeli.
- Berikan saranan, jangan biarkan mereka memilih.
Kajian menunjukkan bahawa semakin banyak pilihan yang ada, semakin rendah kemungkinan bagi seseorang untuk membuat keputusan.
Jika anda memiliki beberapa tawaran, cuba menyarankan salah satu tawaran yang anda betul-betul ingin kedepankan berbanding menawarkan pengguna pilihan yang banyak.
Sesetengah orang mungkin memerlukan sedikit dorongan dalam membuat keputusan, jadi cara terbaik ialah menunjukkan produk yang anda ingin tekankan kepada mereka.
- Kepantasan
Interface anda, dan perisian di sebaliknya, mestilah responsif dan pantas.
Orang ramai tidak akan menyukai laman web yang terlalu perlahan. Mereka tidak suka menunggu.
Interface anda juga perlu menyediakan borang maklum balas untuk pengguna. Sertakan juga suatu cara bagi mereka mengetahui bahawa maklum balas mereka dihantar. Mungkin anda boleh mengekod butang “Hantar” pada borang tersebut untuk berubah warna apabila ditekan, atau paparkan mesej “Terima Kasih atas Maklum Balas Anda.”
Selain itu, contohi Gmail dalam membina laman web yang responsif. Apabila anda log masuk ke peti masuk (inbox) Gmail anda, ia akan memaparkan “loading bar”, kemudian baru ia memaparkan keseluruhan laman itu.
- Gunakan kontras
Jadikan tawaran dan “call to action” anda menyerlah dengan menggunakan ton, warna dan saiz fon (font) yang berbeza.
Pastikan perkara yang anda ingin kedepankan dalam laman anda, betul-betul ke depan.
- Jangan letakkan terlalu banyak banyak pautan
Sentiasa pantau jumlah pautan (link) yang ada pada laman anda.
Posisinya juga penting. Jangan letakkan pautan di atas “call to action” kerana pengguna mungkin akan mengklik pautan tersebut berbanding melakukan apa yang anda sebenarnya mahu mereka lakukan, iaitu membeli.
Jadi, memaparkan terlalu banyak pautan dan butang untuk ditekan, akan mengalihkan perhatian pengguna dan mungkin akan mengelirukan mereka.